Kosmetik Hotel daripada ADA Cosmetics

Kami hadirkan keindahan dalam dunia percutian melalui produk yang lestari dan selamat: Terokai pilihan kosmetik hotel dan pelbagai kemudahan hotel lain dari kami.

Dispenser Sabun

Kami begitu komited untuk merevolusikan industri perhotelan melalui sistem dispenser sabun kami yang moden. Sejak dari awal lagi, misi kami adalah untuk menggantikan sabun hotel bersaiz kecil dengan dispenser sabun yang mampu mengurangkan pembaziran plastik. Sebagai peneraju dalam industri ini, kami sentiasa bersikap progresif melalui teknologi berimpak besar kami: Membrane Technology dan Hygienic Pump, yang direka untuk menawarkan pelbagai manfaat:

  • Tidak menitis
  • Tiada back contamination
  • Tidak mudah haus (wear out effect)
  • Rekaan shower-resistant 
  • Dosing yang tepat
  • Penggunaan yang selesa
  • Mampu mencegah kuman dmasuk ke dalam botol 
  • Kebersihan dan keselamatan bertahap tinggi untuk anda dan tetamu anda.

Kosmetik Hotel

Saintis dan jurutera kami mengaplikasikan segala kepakaran mereka untuk mencipta kosmetik hotel yang menggabungkan teknologi dermatologi terkini, dengan warna dan wangian yang memikat deria. Tiada satu pun produk kami diuji pada haiwan. Sebaliknya, pengujian dilakukan pada kulit manusia untuk menilai keselamatan dan keserasian produk kami. Sebagai pakar dalam penjagaan kulit, kami memastikan setiap produk kami bersifat pH-neutral untuk kulit. 

Formulasi produk kami bebas daripada bahan berbahaya:

  • Tiada Paraben
  • Tiada Silikon​
  • Tiada Minyak Mineral 
  • Tiada Mikroplastik​
  • Tiada Nanomaterial​
  • Tiada Lilial​
  • Tiada Bahan Pengawet MIT & MCIT 
  • Tiada Benzophenone UV-filters​
  • Tiada Formaldehyde Releasers

Kosmetik Hotel Semula Jadi dan Kosmetik Hotel Vegan

Kami percaya pada penjagaan kulit secara semula jadi. Kepercayaan ini diterjemahkan melalui penggunaan bahan semula jadi sebagai bahan utama kosmetik hotel kami, termasuk koleksi kosmetik hotel vegan. Melalui koleksi ini, pengunjung hotel mempunyai pilihan yang lestari (sustainable) setiap kali menginap. Kosmetik hotel kami adalah vegan, bebas dari bahan berasaskan dan juga uji kaji ke atas haiwan. Kami menawarkan solusi yang beretika dan cruelty-free kepada tetamu hotel. Setiap produk kami dipilih dengan teliti daripada bahan berkualiti tinggi dan bahan mentah premium — untuk elemen kemewahan yang lestari dalam setiap penggunaan.

Kosmetik yang Diiktiraf

Cradle to Cradle Certified® Silver

ADA Cosmetics berbangga diiktiraf sebagai pengilang kosmetik hotel pertama dan satu-satunya yang mendapat pengiktirafan Cradle to Cradle Certified® Silver untuk keseluruhan rangkaian produknya. Selain itu, semua produk kami memenuhi kriteria Green Key dan turut diiktiraf oleh organisasi tersebut.

NORDIC SWAN ECOLABEL

Produk kosmetik yang membawa label Nordic Swan Ecolabel mesti memenuhi syarat ketat bahan kimia dan alam sekitar, termasuk pembungkusan dan sumber bahan digunakan, seperti yang dapat dilihat pada produk Eco-Boutique dan ABSOLUTE NORDIC SKINCARE kami.

COSMOS

Pensijilan COSMOS memastikan produk kosmetik kami seperti rangkaian Think, Act & Live Responsible adalah mesra alam sekitar dan sumber bahan diperolehi secara beretika, dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula dan proses pengeluaran dilakukan secara ketelusan penuh.

FAIRTRADE

Label Fairtrade mengesahkan bahawa produk kosmetik, termasuk jenama FAIR CosmEthics kami, dihasilkan daripada sumber yang lestari, mempromosikan perdagangan beretika dan menyokong pengeluar tempatan.

VEGAN SOCIETY

Vegan Trademark ialah pensijilan antarabangsa untuk produk vegan, dengan memastikan setiap produk kosmetik memenuhi piawaian vegan tertinggi. Rangkaian kosmetik hotel vegan kami, Naturals and Naturals REMEDIES memiliki pengiktirafan Vegan Trademark.

DERMATEST

Dermatest® ialah institut dermatologi bebas yang menjalankan ujian produk secara berkecuali. Jenama DermaCare Sensitive kami yang mesra kulit dan selamat memiliki Seal of Approval dari Dermatest.

House of Brands

House of Brands kami merupakan curated selection yang menampilkan jenama atau brand global, produk in-house eksklusif, serta rangkaian produk yang boleh disesuaikan mengikut permintaan anda. Kesemua portfolio di bawah House of Brands ini direka secara unik untuk setiap hotel, syarikat penerbangan, dan kapal persiaran. Konsep ini akan memastikan setiap pelanggan kami memiliki produk yang bukan sahaja menonjolkan identiti mereka, malah menjadikan setiap detik dalam kunjungan pelanggan mereka, lebih bermakna.

Ketahui lebih lanjut tentang House of Brands kami yang unik untuk memenuhi cita rasa anda, dan pilih daripada jenama yang direka khusus untuk empat jenis hotel berbeza:

  • Beauty & Wellness
  • Lifestyle & Design
  • Game Changer
  • On Invitation

Beauty & Wellness

Setiap jenama dalam seleksi Beauty & Wellness kami menawarkan pengalaman sensori yang mendalam, melalui ketenangan, pemulihan, dan kesegaran. Santuni pengunjung hotel anda dengan peluang menikmati sesi 'me time' yang sememangnya diidamkan mereka sambil memanjakan tubuh dan jiwa melalui koleksi berinspirasikan spa kami.

Lifestyle & Design

Untuk traveller global yang mendambakan kedua-dua gaya hidup mewah dan adventure, produk di bawah Lifestyle & Design mendefinisikan semula istilah kemewahan peribadi. Pilihan eklektik ini menawarkan inspirasi harian, nilai estetika yang unggul, dan pendekatan secara peribadi dalam penjagaan diri, bagi memastikan setiap pengalaman adalah seunik traveller itu sendiri.

Game Changer

Brand eco-conscious kami direka khas untuk generasi baru yang lebih prihatin terhadap tanggungjawab terhadap alam sekitar. Rangkaian kosmetik hotel Game Changer kami menawarkan pilihan berorientasikan masa hadapan, sesuai untuk pengunjung hotel yang komited terhadap pilihan beretika — menikmati keseronokan sambil memelihara alam sekitar. Ketahui lebih lanjut koleksi kami yang mencerminkan gaya hidup penuh kesedaran, dan era baharu pengguna berkesedaran tinggi.

On Invitation

Bagi tetamu yang mengidamkan curahan kemewahan, koleksi jenama terpilih kami menghimpunkan crème de la crème dalam kualiti dan kemahsyuran. Direka sebagai pelengkap sempurna untuk gaya hidup kosmopolitan, setiap jenama dalam rangkaian ini direka untuk memenuhi cita rasa sofistikated traveller global, bagi memastikan pengalaman elegan dan kemewahan yang tiada tandingan.

Kemudahan Hotel

Sebagai syarikat peneraju dalam industri kami, ADA Cosmetics ialah penyedia tunggal untuk kemudahan hotel. Kami membangunkan, menghasilkan, mengagihkan produk kami ke serata dunia. Kami mempunyai kepakaran dalam menghasilkan aksesori hotel yang lestari, diperbuat daripada material semula jadi serta boleh diperbaharui seperti buluh, kayu, kertas, dan kapas, semuanya dibungkus menggunakan material berasaskan kertas yang diiktiraf oleh FSC.

Bagi memastikan pelanggan hotel menikmati layanan terbaik, aspek ketelitian begitu penting. Dengan menyediakan kemudahan kosmetik yang sesuai dengan bilik mandi hotel, pengalaman pelanggan semasa menginap di hotel anda dapat ditingkatkan. Momen yang pada mulanya tampak biasa, berubah menjadi pengalaman istimewa. Sempurnakan setiap detik penginapan mereka dengan aksesori hotel seperti sikat, nail kits, berus gigi, selipar, atau tuala. Setiap aksesori hotel ini dipilih dengan teliti untuk menonjolkan identiti jenama anda.

Tentang ADA Cosmetics

115+

negara

5

benua

40

tahun

Terokai dunia inovasi kami yang bersandarkan pengalaman lebih 40 tahun dalam penjagaan kulit, melalui sistem dispenser sabun yang canggih, serta rangkaian kosmetik hotel dan kemudahan hotel eksklusif. Kami menawarkan kosmetik hotel yang mampan dan hygienic, bersumberkan bahan yang dipilih secara teliti serta pembungkusan mesra alam, khusus untuk hotel, kapal persiaran, dan syarikat penerbangan. Kami juga menawarkan perkhidmatan pelanggan terbaik di lebih 155 negara merentasi 5 benua di seluruh dunia.

Sokongan Pelanggan

Pasukan Khidmat Pelanggan Kami sentiasa bersedia membantu anda. Sila hubungi wakil jualan tempatan anda.

    Ya, saya telah membaca dan bersetuju dengan dasar privasi laman ini. Saya dengan ini menyatakan persetujuan bahawa data yang saya berikan boleh dikumpulkan dan disimpan secara elektronik. Data saya hanya akan digunakan untuk tujuan pemprosesan dan sebagai memberikan maklum balas terhadap pertanyaan saya! Nota: Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel ke info@ada-cosmetics.com.

    CONTACT
    REQUEST AN OFFER

    For product inquiries worldwide, please contact our sales partners.

    BUY PRODUCTS

    Buy our products online.

    ONLINE-SHOP
    CONTACT

    For contact inquiries of all kinds, please use our contact form. We will get in touch with you as soon as possible.